Masih dalam fasa pengenalan, Nelydia turut menafikan yang dia sudah bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz itu.

“Cincin itu memang pemberian dia tetapi saya tidak bertunang mahupun dirisik lagi.

“Buat masa ini hubungan kami masih lagi baru, doakan yang baik-baik,” katanya yang ditemui sebentar tadi.

Tidak akan menyorokkan apa-apa dari peminat, tambahnya, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya sahaja.

“Dalam mana-mana hubungan juga memang saya harapkan akan berakhir dengan perkahwinan. Sebab itu belajar daripada pengalaman saya tidak mahu terlalu bercerita mengenainya.

“Jika sudah sampai masanya saya akan kongsi dengan semua,” katanya lagi.

Nelydia sebelum ini pernah mempunyai hubungan dengan pengacara Qi Razali sebelum putus pada 2015. - UTUSAN ONLINE