Neera popular kerana doktor Anisa

Neera
Neera

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Tatkala orang lain sibuk belajar untuk bergelar doktor, Nurazneera atau Neera Azizi, 18, sudah pun memegang gelaran tersebut.


Jelas Neera, dia bersyukur dengan gelaran itu kerana sehingga drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz selesai, gelaran doktor Anisa masih lagi sinonim dengan dirinya.

“Saya gembira kerana watak doktor Anisa terus diingati dan sekarang ini ke mana saya pergi, orang panggil dengan nama itu. Secara tidak langsung orang kenal saya menerusi watak itu.

“Tidak dinafikan drama Sayangku Kapten Mukhriz membawa tuah kepada saya walaupun kemunculan saya sekadar pelakon pembantu,” katanya.

Ketika ini Neera merupakan antara wajah baharu dalam bidang lakonan yang mula mendapat perhatian ramai, biarpun dia hanya serius berlakon sejak Februari lalu.

Antara drama yang telah dijayakan oleh Neera ialah Cik Sayur Encik Seafood, Patahnya Sebelah Sayap dan Cinta Tangkap Muat.

Sebagai orang baharu dalam industri seni tanah air, Neera yang berasal dari Kuantan, Pahang itu mengaku banyak perkara yang perlu dipelajari.

Pasti ramai yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang pelakon jelita ini, jadi ikutilah video yang dirakam oleh wartawan Utusan Online, Khadijah Ibrahim sewaktu sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati