Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Neera Azizi penyokong pasukan bola sepak negara

NEERA (kanan) dan Nurazeera hadir di Stadium Shah Alam untuk memberi 2
NEERA (kanan) dan Nurazeera hadir di Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pelakon Neera atau Nurazneera Azizi, 19, mengaku dia adalah peminat tegar pasukan bola sepak Malaysia.

Semalam, Neera dan kakaknya, Nurazeera, menjadi perhatian ramai sewaktu siaran langsung perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Shah Alam.

Jelas pelakon yang bakal muncul dalam drama Sedingin Cinta Antasya di saluran HyppTV, Isnin ini berkata, dia dan Nurazera pergi ke stadium selepas mendapat tiket daripada abang mereka, Abdul Qayum.

“Kebetulan abang bekerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi yang terbabit dengan Sukan SEA, jadi dia yang bagi pada kami. Kebetulan saya dan kakak memang minat bola sepak dan kami cuba lapangkan jadual kerja untuk pergi menonton pasukan Malaysia berlawan.

“Selepas ini kalau Malaysia main, mesti saya akan pergi ke stadium kerana tengok secara langsung ni seronoknya lain berbanding tonton di televisyen,” katanya.

Bersempena dengan acara Sukan SEA ke-29, Neera yang popular sebagai Kapten Khalisa dalam drama Miss Kapten Cikgu Waiz berkata, gara-gara foto mereka yang tular itu, jumlah pengikut kakaknya di laman Instagram terus meningkat mendadak.

“Kakak saya terkejut kerana tiba-tiba sahaja pengikut di Instagram dia meningkat antara 5,000 hingga 9,000. Walaupun kami berdua ni pemain boling dan pernah wakil Pahang tapi kami juga peminat bola sepak, sebab itulah kami turun padang beri sokongan kepada pasukan negara.

“Bagi saya, sudah tentulah sokong Nor Azam Azih, sebab dia orang Pahang. Harap lepas ni penyokong tempatan akan turun padang sokong pasukan negara tanpa berbelah bagi,” katanya tersenyum.

Ternyata kemeriahan Sukan SEA yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini secara tidak langsung membuka minat Neera untuk kembali aktif bermain boling.

Kata Neera, dia akan cuba kembali berlatih bagi membolehkan dia terpilih beraksi untuk Sukan Malaysia (SUKMA) kerana usianya masih layak untuk acara tersebut.

“Tinggal setahun saja lagi untuk saya menyertai SUKMA. Saya akan cuba kembali aktif bermain boling untuk melayakkan saya mewakili negeri Pahang. Harap impian ini akan terlaksana,” katanya penuh harapan. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan