Duta Kad Muslimah Bank Rakyat, Neelofa pada Majlis Pelancaran
Neelofa

Tindakan tersebut me­nimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya dan ada di antara mereka yang berpendapat perkara itu disebabkan oleh komen-komen peminat yang agak agresif berikutan pendedahan Neelofa yang mengakui berkawan dengan seorang kerabat diraja.

Dalam pada itu, tindakan Neelofa turut dipersetujui beberapa peminatnya yang menganggap itu adalah jalan terbaik bagi meredakan kontroversi yang melanda pengacara tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah kata-kata sema­ngat untuk Neelofa meneruskan kehidupan dengan keputusan yang telah dibuat olehnya.

Bagaimanapun, selepas sehari menutup ruangan komen tersebut, pemilik Naelofar Hijab itu kembali membuka semula tetapan komen akaun Instagram miliknya.

Neelofa yang juga pelakon utama drama Suri Hati Mr. Pilot digosipkan bercinta dengan pasangannya dalam drama tersebut, Fattah Amin.

Keserasian yang dipamerkan dua pelakon ini mewujudkan fenomena ‘Lofattah’ sehingga menyebabkan peminat yakin Fattah adalah pasangan terbaik Neelofa.

Fattah dalam masa yang sama juga turut mengakui lagu berjudul Wanita Terakhir nyanyiannya ditujukan khas kepada Neelofa.

Namun pengakuan Neelofa mengenai hubungannya dengan seorang kerabat diraja seolah-olah menjelaskan bahawa ‘cinta lokasi’ yang digembar-gemburkan tidak pernah wujud sekali gus menyebabkan peminat kedua-dua pelakon ini sering berbalah terutama di ruangan komen akaun Instagram milik mereka.

Sementara itu, Neelofa tidak dapat dihubungi kerana menurut pengurus peribadinya, Shawn Amer, pelakon itu sedang bercuti tanpa memaklumkan sama ada di dalam atau luar negara sempena sambutan hari lahirnya yang ke-28 hari ini.