Pemakaian turban oleh Neelofa menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen.

Pelakon drama Red Velvet ini menggayakan turban sehingga mencetuskan perbalahan di ruangan komen Instagram miliknya apabila segelintir netizen mempersoalkan pemakaian tudung yang disifatkan tidak sempurna itu.

“Kenapa pakai tudung macam tu. Tak cantik. Dulu lagi cantik,” komen salah seorang pengikut Instagramnya.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang mempertahankan penampilan pemilik jenama tudung Naelofar HIjab itu dengan memberikan komen-komen positif dan memuji kecantikannya.

“Biar apa orang pertikaikan dia, saya tetap suka dan minat. Setiap manusia tiada yang sempurna,” komen peminatnya. - UTUSAN ONLINE