NEELOFA
NEELOFA

Jelas Neelofa, 27, dia sangat menyukai T-shirt yang dipadankan gaun kembang Tulle tersebut biarpun rata-rata peminat di laman sosial mempersoalkan pemilihannya yang dianggap tidak sesuai untuk ke majlis besar seperti itu.

“Saya sangat suka dengan baju ini. Sejak dari fitting lagi, saya sangat gembira. Semasa saya ke Paris untuk menghadiri minggu fesyen, ini adalah salah satu pakaian yang diperagakan oleh Dior.

“Saya ingin menonjolkan kejutan. Mana-mana anugerah mesti pilih glamor dan baju lip lap (berkilauan). Kali ini saya pilih kombinasi kasual dan glam. Saya terima setiap kritikan,” katanya.

Neelofa menerusi laman sosial, Instagramnya hari ini berkongsi gambar yang dimuat naik salah seorang peminatnya yang menyifatkan pemilihan busana yang dihasilkan Fizi Woo itu sebagai satu trend fesyen terkini. - UTUSAN ONLINE