Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nassier Wahab dilantik duta DBI Technology

NASSIER WAHAB nasihatkan golong muda agar membeli rumah awal sebagai
NASSIER WAHAB nasihatkan golong muda agar membeli rumah awal sebagai persiapan hari tua. - UTUSAN ONLINE/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 19 Mei - Penyanyi terkenal, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa syukur apabila dia dilantik sebagai duta syarikat hartanah, DBI Techology selama dua tahun.

Menurut penyanyi berusia 55 tahun itu, dia berharap menerusi usaha dan tanggungjawab sebagai duta syarikat milik pelakon Boy Iman dapat menyuntik semangat masyarakat terutama golongan muda khususnya bumiputera untuk membeli rumah sendiri pada fasa yang lebih awal.

“Tugas saya lebih kepada mempromosi pakej perumahan baharu dan mampu milik untuk pelanggan. Selain dapat membantu perniagaan Boy Iman, saya juga bertanggungjawab mempromosi apa yang diusahakannya.

“Kita seharusnya berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia yang muda. Jangan tunggu usia lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah itu aset dan keperluan. Jangan kita ambil mudah soal membeli rumah ini,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Memori Cinta Luka itu juga turut menerima sebuah banglo sempena pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk Isnin lepas.

“Banglo dan pelantikan sebagai duta ini menjadi hadiah paling bermakna ulang tahun kelahiran saya yang ke-55 tahun pada 18 April lalu. Banglo yang saya terima ini juga tak jauh dengan kediaman saya sekarang di Bukit Raja,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan