Menerusi kapsyen dalam gambar yang dimuat naik hari ini, Mawar berkata, setiap pasangan perlu berusaha untuk mendapatkan zuriat dan jangan pernah berputus asa dalam usaha itu.

“Ada juga pasangan lain yang belum terima cahaya mata, selalu bertanyakan saya bagai mana caranya. Jangan kata tidak ada rezeki ya.

“Rezeki belum sampai. Kami sarankan jumpa doktor untuk periksa kesihatan ya,” kata Mawar yang kini sedang hamil anak pertama tujuh bulan selepas tiga tahun berkahwin. - UTUSAN ONLINE