Dijadualkan bermula pukul 12 tengah hari sehingga pukul 7 malam, Nana buat julung kalinya mengadakan majlis tersebut secara besar-besaran dengan jangkaan kehadiran tetamu seramai 2,000 orang.

“Sebelum ini Nana dah pernah beberapa kali buat majlis sebegini tetapi dalam skala yang kecil, kurang daripada 1,000 orang. Sebab itulah kali ini Nana rasa gementar kerana takut berlaku banyak kekurangan.

“Paling Nana risau apabila makanan tidak mencukupi. Bagaimanapun, Nana sudah membuat beberapa perancangan rapi andai kehadiran tetamu melebihi jumlah yang dijangka dan berharap majlis berlangsung dengan lancar,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam perkembangan lain, Nana kini sibuk mempromosikan single terbaharunya, Pesanan Teragung hasil ciptaan Audi Mok dan Omar K. - UTUSAN ONLINE