Nak buka 
pusat dialisis

Anuar Zain ingin ringankan beban pesakit buah pinggang

hits 2
Anuar Zin

KALAU ada yang nak kata Aida gila bayang pun Aida tidak kisah, lebih-lebih lagi kalau dikaitkan dengan lelaki ini. Aida tidak malu mengaku yang Aida memang suka dengan penyanyi Keabdian Cinta ini, siapa lagi kalau bukan abang Anuar Zain.

Baru-baru ini Aida begitu tersentuh dengan keprihatinan abang Nuar terhadap pesakit buah pinggang. Kita sedia maklum abang Nuar ni kalau buat persembahan, tak ada ribuan tak akan muncul.

Namun kali ini, bukan bayaran mahal yang dicari, sebaliknya dia sanggup menggunakan kelebihannya itu untuk mengutip dana bagi membantu meringankan beban Kumpulan Sokongan Pusat Jantung Kanak- Kanak dan Kongenital (PCHC), naungan Institusi Jantung Negara (IJN) itu.

Alhamdulillah, kalau kita ikhlas, Allah akan membantu. Hasil daripada lontaran suara abang Nuar yang merdu itu majlis yang bertemakan Sempurnakan Aku yang diadakan di The Majestic Hotel, malam Jumaat lalu berjaya mengumpul sebanyak RM863,300 hasil sumbangan daripada 32 badan korporat untuk mengisi tabung Kumpulan Sokongan PCHC.

Seperti yang kita ketahui tidak ramai yang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang dan kerana itu ramai yang menderita.

“Dahulu, amat sukar untuk mendapatkan rawatan dialisis dan kerana terpaksa menunggu lama, ramai yang tidak sempat mendapat rawatan dan penyakit bertambah teruk.

“Tetapi itu dahulu, sekarang rasanya sudah banyak pusat rawatan dialisis dan jika diperbanyakkan lagi bagus,” jelas Anuar yang berhasrat untuk memiliki sebuah pusat rawatan dialisis sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Kata Anuar, dia bersyukur kerana kutipan dana sangat memberangsangkan dan ia bukan sekadar duit tetapi ia adalah tanda kesedaran masyarakat tentang kumpulan sokongan ini.

Aida tengok antara penonton yang turut hadir memberi sokongan terhadap konsert itu adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta rakan-rakan artis seperti Misha Omar, Jaclyn Victor dan Salamiah Hassan.

Dalam pada itu, Anuar tidak lupa untuk berkongsi cerita tentang perkembangan seninya dan sekarang ini dia sedang mengumpul material untuk dimuatkan ke dalam album baharunya yang dijangka terbit tengah tahun hadapan.

“Untuk album terbaharu ini, ada penglibatan daripada komposer dari Indonesia tetapi belum dipilih lagi lagu-lagunya.

“Tetapi, lima buah lagu sudah dipilih daripada komposer tempatan untuk dimuatkan ke dalam album,” jelasnya.

Tak sabar Aida nak tunggu lagu baharu daripada abang Nuar.

 

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati