Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Najip Ali digugurkan 
sebagai juri tetap MLM?

 2

KUALA LUMPUR 5 April – Hanya kerana kelancangan berkata-kata tanpa memikirkan implikasinya, personaliti terkenal dari Singapura, Najip Ali dikhabarkan bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan sebagai juri tetap program lawak popular Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan stesen televisyen Astro.

Dalam kalangan media tempatan, spekulasi bertiup kencang mengatakan kedudukan Najip akan digantikan oleh artis lain.

Bagaimanapun, nasib dan kedu­dukan artis popular itu hanya akan diketahui Jumaat ini iaitu pada hari siaran langsung episod ke-8 MLM dari Shah Alam Royale Theatre.

Nasib Najip sebagai pengkritik program komedi popular itu hanya akan diputuskan stesen tele­visyen Astro selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

Stesen televisyen satelit pertama negara itu sehingga kini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kedudukan Najip yang mendapat kecaman daripada netizen selepas beliau didakwa mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rancangan Ok Chope episod 26 terbitan Mediacorp Channel 5, Singapura.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

“Buat masa ini pihak kami tidak mempu­nyai komen me­ngenai perkara ini,” katanya.

Da­lam program Ok Chope, Najip bersama beberapa peserta lain diminta melengkapkan satu tajuk berita berkaitan Perdana Menteri yang telah dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for threatening Malaysia’s progress.”

Peserta-peserta program itu mula meneka dengan mengeluarkan ayat-ayat sendiri sedangkan ayat asal yang dikurangkan pada tajuk berita tersebut adalah ‘fake news’.

Susulan itu, netizen terma­suk Persatuan Seniman Malaysia (Seni­man) menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Najip dan Mediacorp atas tindakan yang disifatkan sebagai biadap itu.

Sehubungan itu, Najip membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri atas keterlanjurannya dalam program Ok Chope Episod 26 yang disiarkan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, saluran Channel 5 dan pihak produksi meminta maaf kepada Perdana Menteri Malaysia atas keterlanjuran mereka dan menarik balik episod tersebut.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan