Menurut cef selebriti itu, majlis pernikahan yang diadakan pada pukul 5 petang itu, Naem atau nama sebenarnya Muhammad Naim Ramli telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 berserta wang hantaran berjumlah RM10,000.

“Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar di sebuah hotel di Bahau, berdekatan dengan kediaman keluarga mentua saya berasal dari sini.

“Majlis persandingan belah keluarga saya pula akan diadakan di Taman Ibukota, Setapak pada 16 September depan,” katanya yang merupakan hos program masakan Dapur Panas dan Dapur Bujang Western siaran TV3 itu.

Tambah Naem, dia mengenali isterinya yang mesra disapa sebagai Wani itu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama setahun.

Naem turut berkongsi, Wani merupakan seorang anggota pasukan keselamatan negara yang bertugas di sebuah negeri di Pantai Timur. - UTUSAN ONLINE