Malah, jelasnya, ketika ditangkap pada 3 November lalu, dia sebenarnya terperangkap.


“Sepanjang saya hidup 25 tahun tidak pernah terlibat dengan gejala tidak sihat seperti ini.


“Apa yang berlaku lebih sebulan lalu adalah kesilapan saya untuk berada di tempat yang salah, dalam kata lain terperangkap,” katanya dalam sidang akhbar khas yang diadakan di pejabat pengurusannya di Damansara, di sini.


Enggan mengulas mengenai laporan polis sebelum ini yang mengatakannya positif dadah, jelas Nadzmi, dia kini bebas dan dimaklumkan tiada lagi sebarang siasatan lanjut dibuat ke atasnya.


“Saya hanya ditahan kurang daripada 24 jam sahaja. Soal positif itu saya tidak boleh komen. Bagaimanapun, saya dibebaskan dengan jaminan polis.


“Memang pada malam itu ada bahan bukti yang ditemui tetapi bukan milik saya,” katanya lagi.


Mengakui kejadian tersebut juga bukan sekadar mencalar imejnya, kata Nadzmi, sebagai seorang selebriti dia juga terpaksa menanggung sejumlah kerugian.


“Ada beberapa tugas yang melibatkan jurucakap produk dan beberapa program yang dibatalkan. Saya mengalami kerugian hampir mencecah RM80,000.


“Soal kepercayaan, saya tahu bukan mudah untuk meyakinkan peminat kembali. Tetapi saya akan berusaha keras selepas ini untuk membuktikan yang saya benar-benar menyesal dan mahukan peluang kedua,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE