Menerusi 20 status Insta Story yang dimuat naik Nabila itu dia memberitahu ibu tirinya itu sebagai punca hubungannya dengan ayahnya yang juga vokalis kumpulan Search, Amy, renggang sehingga kini.

“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?

“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu.

“Terima kasih sebab kau juga, ini adalah tahun ketiga aku tidak beraya dengan bapak aku. Dan aku tahu kau akan cuba buat dia happy, tapi wahai ibu tiri yang aku sayangi, aku adalah anak pertama dia. Macam mana pun kau cuba buat, aku akan tetap menjadi anak nombor satu dia. Buatlah dia happy macam mana pun dia tetap tidak akan happy sebab berjauhan dengan anak pertama kesayangan dia, hasil dari cinta pertama dia,” antara luahan hati Nabila yang ketika ini menjadi bualan pengikutnya di laman Instagram.

Di dalam Insta Story yang sama juga, Nabila mendedahkan yang dia menyimpan cerita duka tersebut selama 18 tahun dan kerap kali memaafkan perbuatan ibu tirinya demi kasih sayang terhadap Amy.

Namun kata Nabila, kali ini dia tidak mampu lagi bertahan dengan apa yang dilakukan oleh Norish dan mengambil keputusan untuk mendedahkan segala tingkah laku dan perbuatan ibu tiri itu terhadapnya.

Sementara itu ruangan komen laman Instagram ibu tiri, Nabila, ketika ini terus dihujani dengan pelbagai komen yang rata-ratanya mengecam perbuatan Norhasniza terhadap pelakon filem Munafik itu. Selain terkejut dengan apa yang Nabila lalui, ada juga yang meminta agar Norhasniza meminta maaf atas segala yang sudah dilakukannya.

“Sis, berdosa tau putuskan ikatan silaturahim anak dan ayah, berbaik-baiklah.

“Doa untuk @Kupu_kupu kesian awak @qasander.

“Tak sangka dia sanggup buat macam ni.. teruknya perangai, nampak macam baik tapi perangai macam setan,” antara komen yang ditinggalkan di laman Instagram Norhasniza atau lebih dikenali sebagai Qasander. - UTUSAN ONLINE