NABIL AHMAD bakal mengarah filem seram Qutil. Gambar : AMIN FARIJ HASAN

Nabil berkata, dia mahu mencuba sesuatu yang baharu dan penglibatannya dalam dunia penerbitan memberi peluang kepada dirinya untuk bergelar pengarah dan penulis lakon layar.

Jelasnya, sebelum ini dia hanya terlibat sebagai pembantu pengarah bagi drama atau program-program terbitan syarikatnya, Nabil Production Sdn. Bhd., namun kali ini dia memberanikan diri.

“Saya masih belajar dan berguru dengan ramai pengarah-pengarah tersohor negara. Memang ini satu percubaan yang memerlukan keberanian tetapi saya rasa sudah sampai masa untuk saya mengambil risiko.

“Qutil merupakan sebuah filem seram dan saya bakal berkolaborasi dengan sebuah produksi Indonesia. Penggambaran akan bermula tidak lama lagi dan kami masih mencari pelakon yang sesuai,” katanya. - UTUSAN ONLINE