Katanya selepas memiliki dua anak perempuan, Naira Mikayla, 5, dan Leyla Medyna, 3, dia bersama isterinya Nazirah Ayub atau Zira , berharap agar doanya untuk memiliki seorang anak lelaki dimakbulkan juga.

“Tiada apa hadiah yang lebih indah dari kasih sayang isteri dan anak-anak buat diri saya. Hadiah itu sudah cukup untuk menggembirakan saya.

“Cuma memang saya inginkan seorang anak lelaki pula selepas ini. Harapnya peminat juga boleh doakan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu Nabil juga bersyukur selepas hampir sembilan tahun bergelar anak seni dia terus diterima baik industri. Jelasnya ketika ini dia sedang berusaha keras dalam membina empayar perniagaan pula.

“Kita tidak tahu sampai bila diperlukan tetapi adalah penting ketika ini saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menghiburkan orang sebaik mungkin.

“Ketika ini juga saya sedang sibuk dengan syarikat produksi milik saya sendiri,” katanya.- UTUSAN ONLINE