Jelas Nabil, ini adalah hadiah buat mereka yang selama ini menyokongnya selepas 10 tahun terlibat dalam industri seni.

“Ini adalah hadiah istimewa buat mereka. Saya percaya doa mereka yang pertama kali menatap Kaabah atau Baitullah sangat mustajab. Dan tentunya menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah menjadi impian setiap manusia.

“Saya juga sebelum ini dibawa orang ke sana buat kali pertama, kali ini saya mahu buat perkara yang sama pula,” kongsinya di majlis Sedekad My Story Nabil Ahmad sebentar tadi.

Kata Nabil lagi, program My Story Umrah itu juga dikendalikan oleh syarikat pengurusan, Urban Platanium Resources.

“Tawaran dibuka hari ini dan nama peminat terpilih akan diumumkan dalam satu majlis yang akan dianjurkan pada 24 Mac ini,” katanya lagi.

Tambah Nabil dia meminta siapa yang berminat untuk dipilih menyertai umrah tersebut, boleh menghubungi talian hotline 019 3716252 atau melayari laman Facebook @muumrahstory. - UTUSAN ONLINE