Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Sajadah Ka'bah beri kepuasan kepada Rahmad Mega

Rahmat
Rahmad Mega mengalu-alukan kedatangan wakil media massa dari Malaysia ke Jakarta sempena pelancaran lagu Sajadah Ka'bah. -UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

JAKARTA 16 Mei - Penyanyi Rahmad Mega bersyukur kerana pencarian lagu berbentuk keagamaan berakhir apabila beliau berjaya merakamkan sebuah lagu berjudul Sajadah Ka'bah ciptaan komposer dari Indonesia.

Beliau berkata, sekian lama mencari lagu berbentuk keagamaan dari komposer tempatan tetapi tiada yang tampil menghasilkan lagu yang sesuai untuknya.

Menurut Rahmad, mungkin rezeki beliau untuk merakamkan lagu keagamaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Cahaya Bunga Saragih.

Lagu tersebut, jelas Rahmad, telah dirakamkan oleh allahyarham Deddy Dores dua tahun lepas, seorang penyanyi lelaki popular di seberang yang juga pelantun lagu Jangan Pisahkan duet bersama Mayang Sari.

Bagaimanapun, kata Rahmad, lagu tersebut tidak dipasarkan kerana kesukaran Deddy Dores untuk mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk menjadi rakan duet.

"Sajadah Ka'bah bukanlah sebuah lagu biasa kerana pencipta lagu itu ialah seorang mualaf yang pernah menganut agama Kristian Ortodox.

"Selepas dia memeluk agama Islam, dia ke Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya dan dipendekkan cerita, ketika dia bersujud di hadapan Kaabah, tiba-tiba sejadah jatuh di atas dahi beliau," kata Rahmad kepada sekumpulan 12 orang wakil media massa yang diterbangkan khas ke Jakarta di sini, hari ini.

Sajadah Ka'bah tegas Rahmad, dinyanyikan dengan nawaitu yang ikhlas dan jika niat menyampaikan lagu tersebut terpesong maka ia akan menjadi projek yang gagal.

Rahmad juga berkata, lagu itu yang dimuatkan ke dalam sebuah album, Cahaya Dari Kaabah 3 dan akan dilancarkan esok sempena memperingati tarikh Deddy Dores pulang ke rahmatullah.

Pada malam esok, ujar Rahmad, turut diadakan sebuah persembahan istimewa, Konsert Tribute To Deddy Dores bertempat di Albero, Jakarta.

Selain Rahmat, turut menjayakan konsert malam esok ialah Endang S. Taurina, Imaniar, Ammy Fara (D'Academy Asia 2), Ratih Purwasih, Agi Dores dan ramai lagi. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan