Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Munada mahu tampil busker kerohanian

munada memasang azam bergelar busker yang memperjuangkan muzik 4
Munada memasang azam bergelar busker yang memperjuangkan muzik ketuhanan dan kerohanian pada tahun 2015.

PEPATAH Melayu ada menyebut, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Atas tekad itu kumpulan Munada sanggup menongkah arus untuk mewarnai irama nasyid serta genre ketuhanan,

Sebagai kumpulan band dan busker baharu, Munada tekad untuk mengetengahkan lagu berunsur kerohanian melalui busking.

Munada yang dianggotai Abd. Hakim Johari (yankee), Mohd. Azizan Adnan (tamborin/shaker), Muhammad Fhakarie Zalhariah (cajon), Lokman Salleh (bass/yankee), Syahir Samsir (vokal) dan Hafizi Hamzah (vokal) mahu aktif memenuhi undangan majlis serta penganjuran festival untuk mencari peluang busking.

“Band ini telah ditubuhkan sejak kami semua di bangku sekolah lagi. Jadi, kami teruskan perjuangan ini sehingga sekarang meskipun masing-masing menyambung pelajaran di universiti berbeza sebelum ini.

“Sebelum ini, kami aktif memenuhi jemputan mengadakan persembahan di majlis-majlis amal dan keraian. Namun, kini kami mahu membawa perjuangan tersebut melalui persembahan busking pula,” kata ketua kumpulan, Abd. Hakim, 25.

Ujarnya, perjuangan irama ketuhanan serta kerohanian melalui busking dilihat begitu dekat dengan jiwa masyarakat terutama anak muda. Persembahan di festival dan kaki lima mampu menyampaikan mesej secara jelas.

Bukan itu sahaja, Munada yakin ia juga mungkin menjadi antara kelahiran awal kumpulan busker yang memperjuangkan lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian di negara ini.

Perancangan irama kerohanian Munada juga kelihatan serius apabila dua bulan lalu mereka berjaya menyiapkan single pertama bertajuk Mengharap Damai. Single ini juga telah dimuat naik ke dalam YouTube.

“Lagu ini telah direkodkan pada bulan Ramadan lalu. Liriknya menceritakan tentang penderitaan dihadapi umat Islam di Palestin dan tempat lain akibat kezaliman rejim Yahudi.

“Selain itu, lagu ini juga mengajak agar umat Islam di seluruh dunia tidak putus menghulurkan bantuan dan doa kepada Allah SWT bagi membantu saudara seagama mereka,” katanya kepada .com baru-baru ini.

Ketika ditanya apakah terdapat mesej yang mahu dibawakan kumpulan itu dengan cuma berpakaian denim sahaja, Munada menjelaskan mereka menjadikan pakaian itu sebagai identiti kumpulan kerana mahu memberitahu kepada peminat muzik di luar sana bahawa agama Islam tidak menghalang umatnya berfesyen asalkan tidak melanggar suruhan agama.

Sementara itu, Munada turut melatih kumpulan nasyid di sekolah-sekolah ketika masa lapang.

“Alhamdulilah, setakat ini murid di dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Kajang, Kajang dan SRA ABIM, Bangi yang kami latih berjaya menjadi johan bagi peringkat daerah dan kawasan masing-masing,” jelas Munada. – DHIYA’ZULHILMI DAUD / RUSHDI SALLEH

Nama Kumpulan: Munada

Anggota: Abd. Hakim Johari (yankee), Mohd. Azizan Adnan (tamborin/shaker), Muhammad Fhakarie Zalhariah (cajon), Lokman Salleh (bass/yankee), Syahir Samsir (vokal) dan Hafizi Hamzah (vokal)

Single Pertama: Mengharap Damai

Facebook: www.facebook.com/munadamusic

INFO:

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan