Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Muar Metal Fest 4 Sabtu ini

Eddy Ezzany Zahar
EDDY EZZANY ZAHAR

KUALA LUMPUR 11 Mei - Untuk tahun kelima, Persatuan Belia Komuniti Pemuzik Muar dengan kerjasama Muar Metal Maniac menganjurkan Jelajah Muzik Antara Negeri atau lebih dikenali dengan Muar Metal Fest 4 pada Sabtu ini.

Festival muzik yang menjadi acara tahunan paling ditunggu-tunggu di Muar itu akan berlangsung di Dewan Persatuan India daerah itu bermula pukul 2 petang sehingga 12 tengah malam.

Penganjur Muar Metal Fest 4, Eddy Ezzany Zahar memberitahu, tujuan utama festival muzik itu dianjurkan ialah untuk menghakis stigma serta persepsi serong masyarakat terhadap pergerakan muzik ‘underground’ yang diminati golongan belia.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Belia Komuniti Pemuzik Muar menjelaskan, Muar Metal Fest 4 pada masa sama memberi ruang kepada peminat muzik berkenaan menikmati genre kegemaran masing-masing.

“Selain itu, kami juga menyuntik nilai moral dan menyampaikan mesej menerusi penganjuran kali ini iaitu meskipun kreativiti dalam menghasilkan muzik itu tiada batasan, namun hiburan yang dipersembahkan harus dibatasi dengan undang-undang.

“Metal hanyalah satu daripada pelbagai cabang muzik, tidak lebih daripada itu. Festival ini juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya tanggapan negatif mereka tentang muzik metal yang kononnya membawa ideologi dan fahaman sesat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Antara kumpulan yang mengambil bahagian dan membuat persembahan pada Muar Metal Fest 4 termasuklah Brain Dead, Succubus, Hereafter, Putrefied Remains, As I End, Inhuman, Mu-Aru, Flaying the Flesh, Coronation dan banyak lagi. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan