LAN SOLO mendoakan yang terbaik untuk kumpulan lamanya, Ktistal.

Lan, 33, bersikap terbuka dan selepas bergerak solo sejak sembilan bulan lalu, karier seninya semakin berkembang serta menerima banyak tawaran persembahan pentas.

“Bila hal ini berlaku (pengunduran) masing-masing mulai sedar dan lebih semangat untuk membina karier seni.

“Saya optimis dan berfikiran positif walaupun dah tak lagi berada dalam kumpulan terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pencarian vokalis baharu sekaligus pengumuman yang bakal diadakan tidak lama lagi, Lan Solo mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk Kristal dan moga maju jaya.

“Diharapkan projek mereka untuk mencari vokalis baru menggantikan saya akan memberi pembaharuan yang baik untuk kumpulan berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE