“Sejujurnya tak pernah ada istilah tersebut dalam kamus hidup. Selepas hidup solo, saya cakap pada diri yang pasti akan ada jodoh lebih baik pada masa hadapan.

“Hasrat tersebut saya pendam hingga ke hari ini. Namun sehingga kini belum bertemu jodoh sesuai untuk dijadikan pasangan hidup,” katanya tanpa berselindung.

1

Menolak andaian beberapa pihak yang mengatakan dia terlalu memilih, Lala bagaimanapun mengakui enggan mengulangi kesilapan silam.

“Kegagalan mengajar untuk lebih berhati-hati. Saya bukan remaja yang bercinta, lepas itu putus dan sebagainya. Zaman itu sudah jauh berlalu. Sekarang saya sedang menempuh episod matang dalam kehidupan.

“Kalau boleh saya menginginkan seorang teman hidup yang dapat menerima diri seadanya dan mampu mengubah hidup ini ke arah lebih baik.

“Sejak bersendiri, saya pernah membuka hati pada lelaki lain tetapi mungkin tak jumpa lagi yang sesuai. Kadang-kadang pernah juga terlintas di hati mungkinkah tak akan kahwin sampai bila-bila,” ujarnya berseloroh.

Tambahnya, rakan-rakan sekeliling terlalu risau kerana dirinya yang masih bersendiri, Disebabkan hal itu, mereka mendesak agar dia pergi berubat.

“Mereka fikir saya terkena buatan orang atau diganggu makhluk halus sebab itulah sukar untuk mendapatkan jodoh. Tapi bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki.

“Setiap orang rezeki lain-lain. Mungkin saya berat sikit pada jodoh,” katanya, tergelak mengenangkan sikap rakan-rakannya.

Terdahulu Lala pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 namun mahligai yang dibina tidak kekal lama dan berpisah pada Oktober 2009.

Diberi amaran

Keberkesanan dalam setiap watak yang dibawa olehnya tidak pernah dipertikaikan. Pun begitu ramai yang tertanya-tanya kenapa pelakon kelahiran Johor Bahru ini jarang diberikan peluang memegang peranan sebagai teraju utama.

WAN SHARMILA tidak pernah menjadikan isu berkahwin semula sebagai perkara penting ketika ini.
WAN SHARMILA tidak pernah menjadikan isu berkahwin semula sebagai perkara penting ketika ini. 

Ditebak tentang perkara tersebut ternyata Wan Sharmila tetap berfikiran positif malah tidak pernah berjauh hati kerana hal itu.

“Saya tak pernah ambil pusing pun tentang semua itu. Tapi saya sentiasa positif dengan perkara tersebut. Walaupun watak pembantu bukan jadi alasan untuk saya melakukan kerja sambil lewa.

“Jika boleh, setiap watak yang dibawa biarlah dekat dengan penonton. Walau apapun yang berlaku, saya sentiasa berusaha untuk memberikan kelainan kepada karakter yang dipegang.

Bercerita tentang pengalamannya membawa watak pembantu, dia mengakui pernah diberi amaran oleh penerbit agar tidak terlebih menonjol daripada watak utama.

“Mula-mula tu terkejut juga. Keluar dari bilik mekap terus diberi amaran. Tapi saya tak ambil kisah pun. Sepatutnya hal tersebut tidak perlu dipersoalkan.

“Saya bukan jenis yang terima bulat-bulat watak tanpa memikirkan cara lain untuk mewarnakan ia. Tak kisah watak apa sekalipun tetapi bagi saya, baju, solekan dan sebagainya sesuatu yang sangat penting untuk dititikberatkan,” ujarnya.

Mula dikenali melalui drama rantaian Kisah Kaisara, Lala turut mengakui pada permulaan dia pernah menolak untuk menerima watak sebagai setiausaha kerana difikir tidak akan membawa impak kepada kariernya.

“Waktu itu saya sekadar bercakap dua tiga patah perkataan sahaja. Masa tu saya tanya semula penerbit, betul ke nak ambil saya atau sepatutnya ambil pelakon tambahan sahaja.

“Tapi pihak produksi cakap, walaupun nampak ringan tapi watak itu perlu dihidupkan. Jadi saya cuba untuk mewarnakan peranan tersebut agar ia berkesan.

“Alhamdulillah tak sangka, waktu drama tersebut ditayangkan, ada seorang peminat datang dan menegur. Katanya dia bekerja sebagai setiausaha tetapi buntu untuk tampil cantik sehinggalah melihat penampilan saya dalam drama itu,” jelasnya lagi.

Beralih kepada perkembangan terbarunya, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini sedang sibuk menghabiskan beberapa projek drama untuk tahun ini.

Sibuk berniaga

Sama seperti selebriti yang lain, Wan Sharmila juga tidak terlepas daripada menjalankan perniagaan sampingan. Dalam masa yang sama, wanita jelita ini mengakui suatu hari nanti dia ingin serius dalam bidang tersebut.

KEBANYAKAN masa dihabiskan dengan pelbagai aktiviti bagi mengubat kesunyian hatinya.
KEBANYAKAN masa dihabiskan dengan pelbagai aktiviti bagi mengubat kesunyian hatinya. 

“Saya memang minat berniaga dari dulu lagi. Cuma bezanya saya tidak terhad pada satu-satu produk. Sekarang ni masih mencari apa yang diminati.

“Tapi yang pasti bermula tahun lalu, saya ada keluarkan baju kurung sendiri dan terbaharu baju ‘T’  dengan rekaan eksklusif. Saya sebenarnya tak menyangka ia mendapat sambutan yang luar biasa.

“Saya hanya jual apa yang saya rasa selesa pada diri sendiri. Bila orang suka, secara tak langsung rasa puas dan lebih bersemangat untuk mencuba yang terbaik lagi.

“Cumanya buat masa ini, saya tidak terfikir untuk membuka butik lagi cukup sekadar beroperasi secara dalam talian sahaja. Insya-Allah semuanya bergantung pada masa,” tuturnya.

Pun begitu, untuk perancangan masa hadapan, anak bongsu daripada dua orang adik-beradik ini berhasrat ingin membuka kedai makan kerana ia merupakan cita-citanya sejak dahulu lagi sementelah dirinya juga tidak kurang hebatnya beraksi di dapur.