Megat Nordin yang pernah menyertai pertandingan Kilauan Emas dan memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti tersebut tiga tahun lalu kini hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Chepa KedaiLalat di sini.


Menurut isterinya, Khoirulnisa Mad Dioh, suaminya disahkan menghidap penyakit tersebut ketika menerima rawatan di salah sebuah hospital di sini kelmarin. 


“Tahap kesihatannya mulai merosot sejak bulan Ogos tahun lalu tetapi keadaannya semakin kritikal dalam seminggu ini. Malah, keadaan fizikal suaminya itu juga semakin kurus,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Terdahulu, keluarga artis tersebut menerima kunjungan Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani. 


Dalam kerjaya seninya itu, Megat Nordin pernah mengadakan persembahan dikir barat di hadapan masyarakat Landon sempena Minggu Malaysia 2007.


Antara lagunya yang menjadi siulan ialah Ambo Ghaso Berkene, Tinggalah Kasih, Hidup Usia Remaja, Hajat Tak Sampai, Begapo dan Tunggu-tunggu Tok Kelik. 


Album-album Megat Nordin yang dihasilkan dalam bentuk kaset itu juga pernah terjual sehingga ratusan ribu unit.


Aktif berdikir barat sejak 1980, Megat Nordin membuat lonjakan terhadap kerjaya seninya dengan menyertai rancangan Kilauan Emas pada tahun 2014.- UTUSAN ONLINE