Malah, dia juga menepis dakwaan mengatakan dirinya merajuk daripada menyertai program realiti yang menjadi fenomena sejak tiga tahun dahulu.

Bagaimanapun berkata kepada Utusan Online, pemilik nama sebenar Meyanaliza Ruslee yang pernah popular dengan lagu Matahari itu berbangga apabila mendapat tahu ada beberapa nama dalam kalangan 12 peserta yang diumumkan semalam adalah rakan artis yang baik dengannya.

“Tahun ini boleh dikatakan barisan peserta GV4 hebat-hebat belaka seperti Liza Hanim, Aishah, Hazami dan Syura. Pasti persaingannya lebih sengit.

“Tidak dinafikan, memang ramai yang bertanya terutama di media sosial mengenai ketiadaan nama saya dalam senarai tersebut.

“Cuma saya anggap belum ada rezeki lagi untuk bergelar peserta GV4 dan berdoa agar peserta tahun ini mampu berikan persembahan terbaik. Tak sabar nak tonton persembahan mereka,” katanya menjawab persoalan netizen.

Dalam perkembangan terkini, Maya akan mengeluarkan single baharu hasil nukilan Tam Spider. Jelasnya, lagu berkenaan bergenre pop itu masih dalam pembikinan dan belum diberi judul. - UTUSAN ONLINE