Mat Sentol, 85, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini Isnin lalu akibat strok haba.

Beliau yang juga pengarah, penulis skrip dan pencipta lagu memaklumkan kini sihat dan cuma sedikit keletihan.

“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang le rumah,” katanya ditemui pemberita di HSA, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk DJ Dave.

Sementara itu, anaknya, Roslee Rashid, 57, berkata, sebelum itu ayahnya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.

“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya yang juga berharap masyarakat khususnya peminat ayahnya mendoakan kesihatan pelakon veteran itu. - UTUSAN ONLINE