Mat Dan selamat bernikah

Mat Dan bersama isterinya. – IHSAN/MEDIA SOSIAL
Mat Dan bersama isterinya. – IHSAN/MEDIA SOSIAL

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Pengacara televisyen, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, dan seorang gadis Melayu tempatan selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Bukit Chendering di sini, hari ini.

Dengan sekali lafaz, beliau le­bih dikenali sebagai Mat Dan yang sering mengendalikan rancangan pengembaraan, sah menjadi suami kepada gadis berkenaan.

Menurut salah seorang rakan Mat Dan yang enggan dikenali, maj­lis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 5.30 petang itu hanya disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai tanpa sebarang liputan media.

“Mat Dan bernikah petang tadi selepas solat Asar. Identiti gadis pilihan hatinya tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarga.

"Sebagaimana majlis tunang tadi, majlis ini turut dibuat secara tertutup demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar-gambar pernikahan jejaka kelahiran Bristol, England yang fasih bercakap loghat Terengganu itu tular di media sosial hasil perkongsian tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Antaranya adalah ketika Mat Dan diakad nikah dan pasangan itu makan beradap.

Terdahulu, kira-kira pukul 10 pagi ini Mat Dan dan pasangan sempat bertunang dalam majlis serba ringkas di lokasi sama iaitu di kediaman pengantin pe­rempuan.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati