Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mask Masters musim kedua

Siri animasi Malaysia pertama yang mendapat tempat di hati penonton Korea dan kini sedang ditayangkan di Hong Kong

(Dari Kanan) Kim Jin Chul (Pengarah Mask Masters), Ng Wan Peng
(Dari Kanan) Kim Jin Chul (Pengarah Mask Masters), Ng Wan Peng (Pengarah Pengurusan MDEC) dan Ng Jin Chong bersama wakil pihak Korea Selatanpada majlis menandatangani kontrak untuk animasi Mask Masters musim kedua baru-baru ini.

DUNIA animasi sedang bergerak pantas dalam atmosfera seni tempatan mahupun luar negara. Segala yang berkaitan animasi akan cepat meresap masuk ke dalam minda kanak-kanak.

Seiring dengan kepantasan itu, Mirayi Sdn. Bhd., berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) turut aktif dalam menghasilkan program animasi yang semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat.

Syarikat itu yang mula beroperasi sejak 2005 di Kelana Jaya, Petaling Jaya, telah muncul dengan penerbitan pertama iaitu Mask Masters, sebuah siri animasi televisyen yang memaparkan aksi pengembaraan sekumpulan kanak-kanak.

Siri yang menceritakan tentang pengembaraan empat remaja pemilik topeng yang merupakan penjaga dan penyelamat bumi dari kuasa jahat telah menambat hati penonton di Korea Selatan sejak ia mulai ditayangkan di stesen televisyen terunggul di Korea, KBS TV.

Berbekalkan kejayaan Mask Masters musim pertama di Korea, pihak stesen KBS dan kerajaan Korea Selatan telah menandatangani kontrak usaha sama dengan pihak Mirayi untuk menghasilkan Mask Masters musim kedua. Produksi ini dijangka akan siap untuk siaran pada Mac 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mirayi Sdn. Bhd., Ng Jin Chong, kejayaan Mask Masters di Korea bukan sekadar sebagai sebuah siri TV sahaja.

“Mask Masters juga telah mencapai kejayaan dalam penghasilan barangan-barangan komersial serta aktiviti karakter berlandaskan Mask Masters dalam pelbagai bentuk produk, seperti figura patung Mask Masters, buku komik bersiri, ruang permainan Mask Masters di taman tema, set origami, dan ubat gigi untuk kanak-kanak.

“Manakala, sebuah lagi aplikasi iaitu permainan mobile Mask Masters sedang menjalani fasa perkembangan yang terakhir dan dijangka siap sekitar Oktober ini. Suka juga untuk saya beritahu, siri animasi Mask Masters ini juga sedang mencipta kejayaan di Hong Kong dan siri ini merupakan siri animasi Malaysia pertama yang ditayangkan di stesen TVB, yang tersohor di Hong Kong,” katanya.

Mirayi juga bertindak sebagai duta negara ke peringkat antarabangsa dengan produk animasi yang berkualiti dan bermesej tinggi.

Selain Mask Masters, Mirayi juga sedang dalam rangka menghasilkan produksi animasi berjudul Megabear yang memaparkan kisah pengembaraan empat orang sahabat dalam usaha menyelamatkan dunia mereka.

Kesedaran dalam memberikan naskhah yang baik untuk generasi bermula kanak-kanak hingga remaja membuatkan Mirayi lebih bersemangat untuk muncul dengan produk-produk terbaik.

Animasi bukan sekadar sebuah hiburan namun buat Mirayi, ia merupakan ejen dalam memberikan mesej yang sihat dan berguna untuk khalayak.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan