SITI FAZURINA masih bahagia bersama suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli.

Menurut isteri kepada Muhammad Hykal Zulkifli itu, setakat ini dia belum membuat kenyataan mengenai rumah tangganya.

“Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan mengenai rumah tangga saya, jadi semuanya masih dalam keadaan baik.

“Bahagia atau tidak, kita sendiri yang kena cipta perkara itu. Tetapi, buat masa ini saya masih lagi bergelar seorang isteri,” katanya kepada Utusan Online.

Sekitar Ogos lalu, Fazurina telah menimbulkan sedikit persoalan mengenai status perkahwinannya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pelakon yang lebih dikenali mesra disapa Nina, 35, mengakui telah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, 36, pada 10 Julai lalu.

Ada juga yang mengatakan bahawa dia telah menarik semula permohonan cerai itu sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai status perkahwinannya.- UTUSAN ONLINE