Menurut Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 37, hal ini kerana perkara tersebut berkaitan dengan soal pemasaran perniagaan bagi sesebuah stesen radio.

Sebagai anak seni yang turut sama terlibat dalam penyiaran, Haiza amat memahami situasi atau konflik yang dihadapi oleh semua pihak pengurusan radio.

“Saya faham kerana ia tuntutan kerjaya saya sebagai penyampai radio serta berkaitan dengan soal perniagaan di setiap stesen radio. Tiada isu di situ dan sejak awal lagi saya memang sudah bersedia berdepan dengan situasi ini.

“Tetapi sebenarnya masih ada stesen radio lain yang memandang saya sebagai seorang penyanyi dan masih memainkan lagu saya.

“Jadi saya amat berterima kasih kepada stesen radio yang masih memberi sokongan terhadap karier nyanyian saya,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya di Kompleks Sukan Desa Tasik semalam.

Dalam pada itu, Haiza bakal muncul dengan sebuah lagu baharu duet bersama Aepul Roza serta sebuah lagu solonya. - UTUSAN ONLINE