Nampaknya  AJL ke-33 yang berlangsung malam tadi menjadi perhatian Najib.

Sejurus tamat anugerah lagu yang berprestij itu, Najib di Facebooknya bertanya, "Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!"

 

 

Rupanya pengacara Sherry Al Hadad yang digandingkan dengan Alif Satar menyebut 'Malu apa bossku' ketika siaran langsung AJL.

"Sabar, sabar, sabar. Malu apa bossku," kata Sherry sambil disambut gelak besar oleh Alif Satar. Malahan penonton AJL juga kedengaran bersorak riuh rendah mendengar ayat yang dilontarkan Sherry.

Sherry yang juga tidak dapat menahan ketawa sekali lagi menyebut,"Malu apa bossku. Ini kita nak mendapat perhatian bossku, bossku semua, hahaha" untuk mengusik Alif Satar.

Video Sherry itu kemudian tular di media sosial. Ayat 'malu apa bossku' menjadi sinomin dengan Najib apabila mengeluarkan perkataan tersebut ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

Malu apa bossku
Sherry Al Hadad yang digandingkan dengan Alif Satar.

"Tadi kat AJL si Sherry gurau-gurau lalu tersebut #maluapabosskuuuu. Sekali Najib ni boleh buat status weyhh. Rakyat marhaen sangat dia sekarang layan AJL," komen Anna Chan.

Hantaran yang dibuat Najib itu mendapat 85,000 reaksi, 6,600 komen dan 4,400 perkongsian.

Pagi ini Najib sekali lagi memuat naik status juga berkaitan AJL.

"Salam 1Malaysia! Oh biar rasa ini, Hanya sekadar engkau tahu, Aku ada bila perlu, Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini, Memilih kamu Mencintai aku," tulis Najib sambil berkongsi gambar Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang membuat persembahan pada AJL malam tadi.

 

Hantaran tersebut merupakan lirik lagu Haram yang didendangkan kedua-dua penyanyi tersebut dan diangkat menjadi juara AJL ke-33.

Manakala komposer lagu Haram, Eza Kong menyebut ayat Salam 1Malaysia di pentas AJL. Salam 1Malaysia sinonim dengan pentadbiran Najib ketika menjadi Perdana Menteri ke-6.-UTUSAN ONLINE