Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan, dia turut terkena gangguan makhluk ghaib sejak 13 tahun lalu, namun hanya ‘diserang’ beberapa kali sahaja.

“Bagaimanapun, sejak empat hari lalu tatkala filem Hantu Kak Limah merekodkan kejayaan demi kejayaan, semakin kerap pula saya diganggu.

“Makhluk tersebut menghantui kami sekeluarga tidak mengira waktu sama ada siang atau malam. Adakala, isteri saya berasa amat takut jika ditinggalkan sendirian di rumah,” jelasnya yang merupakan suami kepada Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin itu.

Pun begitu, menurut vokalis Wings berkenaan, dia akan terus berikhtiar untuk merawat penyakit dialaminya itu agar kembali sihat seperti sedia kala.

“Mujur penyakit ini menyerang ketika saya tidak bekerja. Kalau tak, mungkin lagi teruk jadinya,” ujar Awie.

Pernikahan pasangan itu pada 7 Oktober 2016 adalah yang ketiga buat penyanyi rock itu selepas menceraikan Arni Nazira Anuar (2006), manakala perceraian kedua adalah terhadap Rozana Misbun (2014). - UTUSAN ONLINE