Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, berkongsi rutin kehidupan hidup sebagai suami isteri.

Kata Abam, makan minumnya kini lebih terjaga dan segala keperluannya lebih tersusun dengan bantuan isteri.

"Dulu masa membujang, semua buat sendiri. Kadangkala makan pun tak sempat.

"Alhamduilah, bila ada isteri ni jadual saya lebih tersusun. Perut pun terjaga (ketawa).

"Tanggungjawab jadi suami ni agak besar. Insyallah, saya akan galasnya dengan sebaik mungkin," katanya.

Abam diraikan dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak dengan dihadiri seramai 10,000 peminat. - UTUSAN ONLINE