Pasangan yang menge­nakan persalinan busana pe­ngantin berwarna merah jambu itu tiba di perkara­ngan rumah pengantin lelaki kira-kira pukul 1.30 petang.

Majlis resepsi tersebut dimulakan dengan bacaan selawat sebelum pasangan mempelai diraikan dalam suasana yang cukup indah.

Majlis persandingan pasangan tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Pada 27 Februari lalu Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah,36, selamat diijabkabulkan dengan Zulfadhli,26, seorang jurukamera.

Majlis pernikahan kali kedua Yatt itu berlangsung secara sederhana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor yang disempurnakan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Muhamad Sujak Dusuki. - UTUSAN ONLINE.

Video oleh: WAHIDIN SALIM