Menerusi akaun Facebook milik penyanyi lagu 'Insya Allah' itu, beliau turut mendoakan semoga Dr. Wan Azizah memperoleh kekuatan dan pencapaian terbaik dalam hidupnya.

"Saya harap anda memperoleh pencapaian terbaik dan kekuatan. Saya berbesar hati untuk meluangkan sedikit masa hari ini dengan Dr. Wan Azizah," katanya.

Maher kini berada di Malaysia untuk konsert jelajah di seluruh negara.

Dalam pada itu Maher turut memuji Anwar yang disifatkannya banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ummah.- UTUSAN ONLINE