Menurut adiknya, Danial Lokman, abangnya dibawa ke hospital awal pagi tadi selepas tidak sedarkan diri.

“Doktor memberitahu abang saya berada dalam keadaan kritikal. Paru-parunya dijangkiti kuman,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Daniel sehubungan itu memohon kepada semua kenalan abangnya untuk mendoakan kesejahteraan pengacara tersohor negara itu. 

Beliau juga akan memaklumkan perkembangan terkini Mahadzir dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE