MAHADZIR LOKMAN semakin pulih.

Menerusi kenyataan yang dikongsi adiknya, Danial Lokman berkata, Mahadzir sudah sedarkan diri dan boleh berbual seperti biasa. Bagaimanapun keadaan abangnya itu masih lemah.

“Abang saya boleh melakukan latihan fisioterapi ringan dan dan ketika ini keadaannya tidak membimbangkan bagaimanapun pihak doktor masih lagi memantau perkembangan kesihatannya dengan rapi.

“Jika keadaan stabil sepenuhnya, beliau akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Danial lagi, dia dan keluarga berterima kasih di atas perhatian dan doa yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap kesihatan abangnya itu.

Pada Selasa, Mahadzir yang lebih mesra disapa Dale sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas tidak sedarkan diri di kediamannya pada Ahad lalu. - UTUSAN ONLINE