Diva Indonesia nyanyi tiga lagu Raja Gelek untuk minggu setiausaha

MAKIN lama makin padan, kekerapan Amar berkongsi gambarnya dengan
MAKIN lama makin padan, kekerapan Amar berkongsi gambarnya dengan Amyra memberi petunjuk jelas bahawa mereka berdua ini memang serasi . Mungkin dengan cara ini juga Amar mampu memberi publisiti buat drama lakonan mereka. Dan, rapat Amar dan Amyra ini macam ada apa-apa pula ya. Jika dahulu Amar sering mengatakan Izreen sebagai rakan baiknya, adakah tempat itu kini sudah diganti Amyra? Penat tanya diri, lain kali kalau jumpa Amar, Hits tolong tanyakan ya.

TIGA lagu hit nyanyian Raja Gelek negara, Datuk M. Daud Kilau bakal menjadi pilihan penyanyi tersohor dari seberang, Krisdayanti, 39, ketika menghiburkan para setiausaha semasa persembahan Minggu Setiausaha Krisdayanti Di Taman Bintang.

Dijadualkan berlangsung pada 16 April ini di Hotel Royale Chulan Damansara, penyanyi itu berkata, dia amat tertarik dengan keunikan irama asli nyanyian M. Daud setelah mendengar beberapa seleksi lagu milik veteran itu.

“Saya sudah lama meminati lagu-lagu nyanyian M. Daud. Dan saya juga sering menonton video persembahannya kerana tenaga yang ditunjukkan tidak seiring usianya.

“Dia sangat menghiburkan ketika berada di atas pentas dengan persalinan pakaian yang memukau pandangan mata. Sebab itu saya awal-awal lagi memberitahu penganjur untuk menyanyikan lagu-lagunya.

“Tiga buah lagu yang akan dinyanyikan ialah Cek Mek Molek, Joget Kelantan dan Laksamana Raja Di Laut,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hotel berkenaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, selain menyanyikan lagu-lagu tersebut, Krisdayanti juga akan menyampaikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah pada majlis itu nanti. Di samping itu, jumlah keseluruhan lagu yang akan dinyanyikan adalah 17 buah kesemuanya termasuk karya-karya popularnya.

Menjelaskan mengenai penjualan tiket persembahan, Krisdayanti difahamkan bahawa hampir 30 peratus daripada 69 meja telah dijual walaupun pengumuman rasmi belum dibuat.

“Mendengar berita itu, saya jadi semakin teruja menantikan hari itu kelak. Lebih bersemangat untuk menjayakannya, apatah lagi ia bakal diacarakan oleh pengacara serba boleh, Dee.

“Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan sama ada akan dijemput penyanyi undangan lain ataupun tidak. Menurut penganjur, mungkin ada kejutan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Royale Chulan Damansara, Julian Blaydes berkata, pada acara berkenaan pelbagai hadiah menarik turut disediakan seperti tiket penerbangan ke New York, London dan Melbourne tajaan Emirates.

“Krisdayanti adalah pilihan tepat untuk meraikan Minggu Setiausaha dan turut disediakan pelbagai hadiah menarik untuk penonton,” katanya.

Harga tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM15,000 (satu meja), RM10,000 (satu meja), RM5,000 (satu meja), RM500 (perseorangan), RM150 dan RM120 (galeri/perseorangan) atau layari www.royalechulandamansara.com.my untuk maklumat tambahan lain.

 

 

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati