LUQMAN HAFIDZ
LUQMAN HAFIDZ

Berkata kepada Utusan Online, pemuda berusia 24 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, kegagalannya mendapat pencalonan adalah disebabkan kekurangan pengalaman berlakon, selain bakat lakonannya yang perlu diperbaiki.

“Barisan pelakon lain yang disenaraikan jauh lebih hebat daripada saya sendiri, malah amat mengagumi bakat mereka yang dipersembahkan dalam filem masing-masing.

“Jika hendak dibandingkan dengan saya, bagai langit dan bumi. Jadi saya mempercayai kewibawaan juri dalam memilih lima calon akhir untuk merebut gelaran Pelakon Lelaki Terbaik FFM28,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, pelakon siri Mr. Tanda Soal itu berharap, peminat dapat terus menyokong karier seninya, di samping kritikan-kritikan membina bagi memangkin tahap lakonannya ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. berkenaan mendominasi 14 daripada 27 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bulan depan. - UTUSAN ONLINE