Lukarts bereksperimen melalui seni persembahan

a 4
Lukarts dianggotai oleh (dari kiri) Lamkkaron, Daniel, Shaiful dan Mystery Man (bertopeng).

Minat mendalam terhadap seni lukisan dan pakaian telah melahirkan sebuah kumpulan indie tempatan yang menggelarkan diri sebagai Lukarts.

Kumpulan itu ditubuhkan bagi meneroka dimensi baharu dunia muzik tanah air dengan mengangkat karya seni menerusi persembahan kumpulan.

Ditubuhkan akhir tahun 2013, Lukarts dianggotai tiga anak muda iaitu Lamkkaron (vokal), Daniel (gitar) dan Shaiful (dram), selain seorang lelaki bertopeng dikenali sebagai ‘mystery man’.

Kehadiran lelaki misteri itu untuk mencari kelainan dalam persembahan dengan fungsinya berbeza mengikut kesesuaian persembahan.

“Lelaki misteri sengaja dibiarkan bertopeng kerana individu di sebalik topeng tersebut sentiasa berlainan dari semasa ke semasa.

“Fungsinya juga berbeza mengikut persembahan. Adakalanya penonton akan melihat lelaki misteri bermain gitar, dram atau vokal,” kata Lamkkaron yang bertindak sebagai ketua kumpulan.

Menurut Lamkkaron semua ahli kumpulan dipertemukan secara tidak sengaja dalam satu gig di ibu negara sebelum masing-masing bersetuju bersatu.

Menerusi sebuah band, mereka mahu mewarnai industri muzik tanah air dengan menonjolkan sepenuhnya unsur seni yang kompleks.

Dengan eksperimentasi unsur seni dan persembahan, Lukarts bakal mengeluarkan single pertama yang diberi nama Ilusi Visualis awal tahun depan, selain terus menghasilkan ‘cover’ lagu band tempatan dan antarabangsa sebagai usaha mengetengahkan bakat mereka.

Ilusi Visualis merupakan lagu pop moden yang menceritakan tentang semangat hidup seorang anak muda. Dalam perjuangan mencari semangat itu, dia banyak menemui perkara baharu yang mematangkannya,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai impian, mereka berharap dapat menempatkan diri dalam muzik arus perdana seperti Bunkface yang mampu menghasilkan lagu dan persembahan berkualiti.

“Ditambah dengan trend anak muda yang gemar mendengar lagu-lagu pop moden, sekali gus membuka peluang kepada kami mengetengahkan bakat masing-masing.

“Kami kini juga giat memuat naik Ilusi Visualis ke laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram sebagai usaha menjual lagu kami ke stesen radio tempatan. – DHIYA’ZULHILMI DAUD / FARIZWAN HASBULLAH

Lelaki misteri sengaja dibiarkan bertopeng kerana individu
di sebalik topeng tersebut sentiasa berlainan dari semasa ke semasa

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati