Menurut isteri kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, proses kelahiran dilakukan secara normal dan bayinya berada dalam keadaan sihat dengan berat 3.39 kilogram.

“Alhamdulillah, suami berada di samping saya ketika proses melahirkan. Malah, dia sendiri yang memotong tali pusat anak sulung kami.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga Lufya & Hafiz yang tidak putus-putus mendoakan. Juga buat sahabat, penyokong industri, pengikut Instagram yang memberikan kata-kata semangat dan doa anda selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram sebentar tadi.

Pasangan ini berkahwin pada 26 November tahun lalu di Laman Cinta Nirwana, Ampang Hilir, Selangor selepas hampir setahun lebih mengenali satu sama lain. - UTUSAN ONLINE