Kali ini, pelakon Rozita Che Wan, 45, atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta nampaknya agak tersinggung dengan komen yang ditinggalkan Zaihani dan mempertikaikan permohonan maaf wanita tersebut seperti yang dibuat sebelum ini. 

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish, ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulis Che Ta di Instagram.

Sambil memuat naik paparan skrin komen yang ditulis oleh Zaihani di laman Instagram miliknya, perkongsian Che Ta itu turut mendapat lebih 20,000 ‘likes’ daripada pengikutnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan Zaihani, dia mendakwa pengurus Che Ta adalah punca kenyataannya di Facebook tempoh hari menjadi tular. 

Selain itu, Zaihani juga menyarankan agar pengurus Che Ta itu tidak dilayan jika memerlukan sebarang tajaan pakaian untuk artis di bawah naungannya. - UTUSAN ONLINE