Lembaga itu dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan penelitian pihaknya, filem itu tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai imej buruk kepada agama Islam.

"Filem berbentuk fiksyen ini didapati tiada percanggahan dengan mana-mana peruntukan Garisan Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri.

"LPF telah menonton tapis filem ini dan memberi keputusan LB dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam," kata kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE