TIA NATALIA bakal jadi penyanyi.

Menurut Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 25, yang bergerak di bawah pengurusan Rubber Tapper Production ini bakal mengeluarkan sebuah single bergenre dangdut.

“Tahun 2018 saya ingin mencuba sesuatu yang baharu yang telah lama saya minati iaitu dunia nyanyian. Buat masa ini semua rancangan tersebut masih dalam perbincangan.

“Saya dan pihak pengurusan sedang mencari komposer, meneliti jadual kerja serta saya sendiri akan mengikuti kelas vokal sebagai persediaan awal.

“Kami belum menetapkan tarikh akhir untuk single tersebut tetapi yang pasti ia akan dikeluarkan pada tahun ini,” jelasnya yang bakal muncul dalam filem Busker esok. – UTUSAN ONLINE.