Berkata kepada Utusan Online, Niena yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu membawakan karakter seorang wanita bersifat cemerkap, membuatkannya terpaksa melakonkan adegan lasak.

“Dr. Ariana ni seorang yang clumsy dan gelojoh. Jadi ketika berjalan atau sedang membuat sesuatu kerja, dia sering terlanggar dinding, bendul dan sebagainya lalu membuatkannya terjatuh.

“Disebabkan itulah, timbul kesan lebam di beberapa bahagian di kaki dan tangan saya. Sakit memang tak dinafikan, tetapi demi memastikan watak itu berjaya, saya tahankan saja rasa sakit tu,” katanya ketika hadir ke Studio Utusan.

Selain Sayangku Kapten Mukhriz, Niena atau nama penuhnya, Amaniena Baharun memulakan karier lakonannya menerusi sitkom Salam Pantai Timur sebelum membintangi siri popular Demi Dia, Rindu Awak 200%, Hati Perempuan dan Cinta Teruna Kimchi. - UTUSAN ONLINE