Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof memuat naik gambar isteri dan puteri ketiganya di laman sosial, Instagram pagi tadi.

Berita itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat-peminat bekas vokalis Kristal tersebut yang mendoakan agar isterinya dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Lan sebelum ini mempunyai dua orang puteri dan seorang putera. -UTUSAN ONLINE