Lagu tema kehidupan

Pemilihan lagu untuk Konsert Doa, 
Langit dan Bumi sesuai dengan tema

Daripada perkongsian gambar ini, dapat Hits rasakan hari bahagia
Daripada perkongsian gambar ini, dapat Hits rasakan hari bahagia pelakon dan pengarah Zul Huzaimy tidak lama lagi. Sehingga ke hari ini Hits masih belum menerima sebarang jemputan daripada pihak Zul sendiri. Kalau dilihat gambar-gambar Zul kini, tidak dinafikan Zul memang nampak bahagia betul di samping tunangnya yang bernama Erna ini. Baru Hits tahu romantis juga si Zul ini ya. . Melihat persiapan yang sedang dilakukan Hits harap Zul dan pasangannya dalam merealisasikan perkahwinan yang mereka mahukan jadi sebelum terlambat Hits mahu ucapkan tahniah buat Zul dan pasangan.

INI semua untuk kemanusiaan. Sebuah tanggungjawab sosial dan kesedaran untuk membantu mangsa banjir,” kata Datuk Ramli Sarip memberi penjelasan mengenai Konsert Doa, Langit dan Bumi yang akan diadakan pada 22 Februari ini di Dewan Merdeka, PWTC pada pukul 2.30 petang.

Konsert itu, kata Ramli diilhamkan oleh dirinya sendiri apabila melihat kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi mangsa banjir ketika lawatan ke Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

“Tersentuh hati saya melihat penderitaan mangsa banjir. Lalu saya terfikir cara untuk menghulurkan bantuan kepada mereka mengikut kemampuan. Walaupun sudah dua bulan kejadian itu berlaku, ia bukan bermaksud berakhirnya bantuan yang kita berikan.

“Bantuan itu perlu berterusan. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat mereka yang terlibat terus berduka.

“Setidak-tidaknya saya tahu kita masih ada perasaan simpati yang tidak dimiliki oleh semua insan. Saya menganggap ini perkembangan yang positif dan baik untuk kelangsungan industri seni tempatan. Anak seni masih lagi prihatin,” katanya.

Sebagai pencetus idea, Ramli juga menafikan konsert berkenaan bertujuan untuk mencari keuntungan semata-mata. Apa yang penting, dana bagi membantu memulihkan kembali beberapa negeri yang dilanda banjir tempoh hari terkumpul.

“Kami sasarkan kutipan sehingga RM500,000. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia rata-rata mempunyai keprihatinan yang sangat tinggi.

“Untuk menjayakan konsert selama tiga jam ini, saya telah menjemput sahabat-sahabat saya Datuk M. Nasir, Datuk Hattan dan Awie.

“Saya cukup berterima kasih kerana ketiga-tiga mereka tidak menolak pelawaan saya malah tidak kisah dengan jumlah bayaran yang akan diterima nanti,” jelasnya dan terus memuji pengorbanan tiga artis popular tanah air itu.

Tentang pemilihan lagu pula, Ramli berkata, dia akan menyanyikan lagu-lagu bertemakan kehidupan.

“Persembahan ini nanti saya kira satu suntikan yang positif dan lebih dewasa. Saya mahu mainkan lagu-lagu berunsur kehidupan dan kemanusiaan. Biar lebih dekat dengan jiwa orang yang menonton.

“Bagi tiga sahabat saya yang lain, saya beri kebebasan untuk mereka memilih lagu sesuai dengan kemahuan peminat mereka. Kira-kira 25 hingga 30 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti,” katanya sambil memberitahu konsert berkenaan akan diiringi oleh kumpulan pemuzik handalan, The Soul Journey.

Menggabungkan barisan artis popular, Ramli berkata, konsert amal itu cukup unik kerana barisan penyanyi mempunyai pengaruh besar dalam industri muzik tempatan.

“Sungguhpun ini sebuah konsert amal untuk mangsa banjir dan berkonsep kemanusiaan, penonton yang hadir harus dihiburkan dengan sebuah persembahan yang berbaloi.

“Sudah cukup rasanya kehadiran penyanyi-penyanyi berkenaan dan saya berharap dengan penganjuran konsert ini, kita berjaya membantu mereka yang sedang dilanda kesusahan. Doa kita penting untuk mengubah semula kehidupan mereka, mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan konsert Doa, Langit dan Bumi, tiket-tiket dijual dengan harga RM153 atau layari www.ilassotickets.com untuk maklumat lanjut.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati