NAJWA ABU BAKAR

Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menyangka filem yang menunggu 12 tahun untuk ditayangkan itu berjaya mendapat kutipan yang cukup memberangsangkan itu.

Jelasnya, dia mengharapkan agar peminat filem akan terus menyokong filem lakonan Datin Umie Aida dan Faizal Hussien itu walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem Hollywood yang bakal masuk panggung tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat terharu dan bersyukur dengan sambutan luar biasa peminat terhadap filem Dukun. Kami harap sokongan ini akan berterusan kerana ada filem-filem besar Hollywood yang akan dilancarkan.

“Kami tidak meletakkan sebarang angka sebagai tanda aras kutipan. RM6.2 juta pun tidak disangka sama sekali. Teruskan menyokong filem Dukun ya,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Filem arahan sutradara ternama, Dain Said itu ditayangkan di 133 buah pawagam seluruh Malaysia termasuk di negara jiran, Brunei. - UTUSAN ONLINE