Vokalisnya, Ameng memberitahu, dia bakal menyanyikan kira-kira 12 lagu hit dendangan kumpulan itu bagi mengubat rindu para peminat mereka.


“Kami memilih seleksi lagu balada kerana kumpulan Spring sememangnya terkenal dengan lagu-lagu berentak seperti itu demi kepuasan peminat.


“Konsert mini ini bukan sahaja direalisasikan atas permintaan peminat, bahkan impian kami yang sudah sekian lama tidak beraksi dalam skala besar.


“Bukan itu sahaja, selain disajikan dengan lagu-lagu nyanyian saya berserta alunan muzik ahli Spring yang lain, peminat juga akan diberikan cenderamata eksklusif supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong,” katanya.


Ameng berkata demikian ketika hadir ke sidang akhbar yang diadakan di restoran berkenaan, di sini hari ini.


Harga tiket untuk konsert berkenaan dijual antara RM100 hingga RM300 dan boleh dibeli di kaunter pertanyaan D’Saji KL Titiwangsa atau menerusi laman sesawang www.myticket.asia.com.


Selain Ameng, Spring turut dianggotai oleh Is (gitar utama), Zahar (gitar kedua), Empy (basis) dan Acong (dram). 


Konsert berkenaan dianjurkan oleh Best FB KL Concerts dengan usahasama Felda D’Saji. - UTUSAN ONLINE