Ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu, anggota yang membarisi kumpulan Omera ini sebenarnya mempunyai pengalaman tersendiri dalam bidang seni.

Memilih genre rock moden sebagai taruhan, kumpulan Omera mahu mereka dikenali menerusi lagu yang tidak dipengaruhi oleh melodi yang pernah dihasilkan oleh komposer terdahulu.

Namun lagu dan lirik yang dihasilkan tidak dapat lari daripada kisah benar yang pernah dilalui mereka.

“Maka itulah single berjudul Wayangan yang dihasilkan dekat dengan kehidupan sebenar yang mencuit tentang hubungan dan persekitaran,” ujar mereka.

Wayangan dicipta sepenuhnya oleh Dr. Soul dari Goodsound Music Publishing Sdn. Bhd. manakala edaran oleh Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records).

“Jangan lupa temui kami, Omera secara live dalam segmen bual bicara santai, Jom Chat, 9 malam di Utusan Online.

“Juga jangan lupa, like page Facebook Utusan Online dan saksikan Jom Chat yang berdurasi satu jam sahaja. Jangan lupa tonton kami, Omera, “ kata mereka. - UTUSAN ONLINE