Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kumpulan muzik Eagles saman Hotel California

Hotel California yang terletak di bandar Todos Santos di Baja
Hotel California yang terletak di bandar Todos Santos di Baja California Sur, Mexico. REUTERS

LOS ANGELES 3 Mei – Kumpulan muzik lagenda, Eagles memfailkan saman terhadap pemilik sebuah hotel di Mexico kerana menggunakan nama lagu popular kumpulan itu, Hotel California tanpa kebenaran.

Dalam saman yang difailkan kelmarin, Eagles berkata, pemilik hotel di Baja California Sur cuba memperdaya pengunjung supaya mempercayai hotel berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan muzik itu demi menjual barangan cenderahatinya.

Kumpulan tersebut juga men­dak­wa hotel 11 buah bilik itu turut memainkan lagu-lagu popular Eagles melalui sistem bunyi mereka dan menjual kemeja T, dengan merujuk hotel terbabit sebagai lagenda hingga mencetus kekeliruan da­lam kalangan tetamu.

Eagles bagaimanapun menyatakan pihak defendan iaitu Hotel California Baja LLC, telah membuat permohonan dengan Pejabat Paten dan Cap Dagangan Amerika Syarikat (AS) untuk mendaftarkan nama Hotel California.

“Defendan telah menyebabkan pengguna AS percaya bahawa Hotel di Todos Santos dikaitkan dengan Eagles dan antara lain berperanan sebagai inspirasi lirik lagu Hotel California, yang nyata adalah palsu,” jelas Eagles dalam aduan itu.

Tuntutan itu dilaporkan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles namun peguam Eagles mahupun pihak hotel enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Hotel yang terletak di bandar Todos Santos itu dinamakan Hotel California ketika dibuka pada tahun 1950, tetapi telah melalui beberapa siri perubahan nama sebelum pasangan dari Kanada, John dan Debbie Stewart membelinya pada tahun 2001 dan mula menggunakan nama asalnya untuk tujuan pemasaran.

Hotel California adalah judul lagu dari album Eagles pada tahun 1976 yang telah berjaya memenangi anugerah Grammy pada tahun 1977 bagi kate­gori rakaman terbaik sepanjang ­ta­­hun. – REUTERS

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan